
"Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".
(Asy-Syu'araa' 26:152) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark"Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".
(Asy-Syu'araa' 26:152) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark"Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.
(Asy-Syu'araa' 26:183) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkDan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.
(An-Naml 27:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkRaja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.
(An-Naml 27:34) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkDan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan sedikitpun.
(An-Naml 27:48) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkSesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.
(Al-Qasas 28:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
(Al-Qasas 28:77) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkNegeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Al-Qasas 28:83) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkNabi Lut berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)".
(Al-'Ankabuut 29:30) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkDan (Kami utuskan) kepada penduduk Madyan saudara mereka: Nabi Syuaib; lalu ia berkata: "Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, dan kerjakanlah amal soleh dengan mengharapkan pahala akhirat, dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi".
(Al-'Ankabuut 29:36) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark