Carian Terjemahan
Terdapat 781 ayat berdasarkan perkataan "dapat" dijumpai.
Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.
(Al-Kahfi 18:53) | <Embed>
|
English Translation
|
Tambah Nota
|
Bookmark
Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang lain daripadanya.
(Al-Kahfi 18:58) | <Embed>
|
English Translation
|
Tambah Nota
|
Bookmark
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.
(Al-Kahfi 18:65) | <Embed>
|
English Translation
|
Tambah Nota
|
Bookmark
Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.
(Al-Kahfi 18:67) | <Embed>
|
English Translation
|
Tambah Nota
|
Bookmark
Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".
(Al-Kahfi 18:69) | <Embed>
|
English Translation
|
Tambah Nota
|
Bookmark
Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
(Al-Kahfi 18:72) | <Embed>
|
English Translation
|
Tambah Nota
|
Bookmark
Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
(Al-Kahfi 18:75) | <Embed>
|
English Translation
|
Tambah Nota
|
Bookmark
Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".
(Al-Kahfi 18:76) | <Embed>
|
English Translation
|
Tambah Nota
|
Bookmark
Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"
(Al-Kahfi 18:77) | <Embed>
|
English Translation
|
Tambah Nota
|
Bookmark
Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.
(Al-Kahfi 18:78) | <Embed>
|
English Translation
|
Tambah Nota
|
Bookmark