
"Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".
(Asy-Syu'araa' 26:152) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark"Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".
(Asy-Syu'araa' 26:152) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark"Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.
(Asy-Syu'araa' 26:183) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark"(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.
(An-Naml 27:25) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkDan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan sedikitpun.
(An-Naml 27:48) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkBahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid).
(An-Naml 27:60) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkAtau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.
(An-Naml 27:61) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkAtau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
(An-Naml 27:62) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkAtau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar ".
(An-Naml 27:64) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkKatakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).
(An-Naml 27:65) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkKatakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu".
(An-Naml 27:69) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark