Muat Turun

Applikasi Surah.My-PC-Software Version 0.0.1

Kini anda boleh memuat turun Surah.My di dalam bentuk PC-Software.
Tidak memerlukan capaian ke internet kecuali untuk mendengar bacaan Al Quran. ( Bacaan Al Quran boleh di muat turun kemudian. Bacaan Al Quran oleh Sheikh Mishary Rashed Alafasy )

Sistem Requirements
  • Untuk penggguna Microsoft Windows sahaja. Versi Mac dan Linux insyaAllah akan diusahakan.
  • Microsoft Windows XP / 2000 / 2003 / Windows 7 / - ( Vista belum dicuba lagi. )
  • Internet Browser ( IE 7 dan ke atas / Chrome / Firefox )
  • Hard disk free space ( Min 100 MB - Untuk Version Lite )
Firewall
Pada pertama kali anda menjalankan software ini sistem Microsoft Windows anda akan memaparkan amaran seperti di bawah. Sila pilih untuk 'Allow access' di Windows 7 atau 'Unblock' di Windows XP Ruby Interpreter GUI.

Paparan Windows XP Firewall- seperti di bawah - sila pilih 'Unblock'
Xp-ruby-block

Paparan Windows 7 Firewall - seperti di bawah - sila pilih 'Allow access'
7-ruby-block

Bagaimana untuk menjalankan program Surah.My
1. Muat turun dan pasang program Surah.My. Muat turun Sekarang - SurahMy Version 0.0.1-Lite ( Size - 26.8 MB ) - Tanpa MP3 / MP3 Audio
2. Selepas pemasangan sila klik icon SurahMy seperti di Desktop anda seperti paparan di bawah :-

Winsurahicon

3. Setelah itu tunggu sehingga keluar paparan 'Loading SurahMy..pleas wait..' seperti di bawah. Tunggu sehingga selesai proses tersebut. Untuk setiap kali penggunaan, penggunaan kali pertama sahaja paparan 'Loading SurahMy..pleas wait..' akan terpapar.

Pumastart

4. Sekiranya terpapar amaran 'Firewall', pilih 'Allow access' atau 'Unblock' seperti di paparan sebelum ini.

5. Sistem akan membuka browser dan akan terpapar alamat url di browser anda seperti di bawah

Port-6236

6. Sekiranya anda menutup browser anda, sila klik kembali shortcut SurahMy di Desktop anda seperti langkah (2.) di atas.

7. Sila pergi ke page Surah/Bacaan dan anda boleh memuat turun Bacaan Al Quran ( oleh Sheikh Mishary Rashed Alafasy ) di mana anda boleh mendengar Bacaan Al Quran tersebut selepas di muat turun walaupun anda tidak mempunya talian ke internet.

Muat turun Sekarang - SurahMy Version 0.0.1-Lite ( Size - 26.8 MB ) - Tanpa MP3 / MP3 Audio