
Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?"
(Maryam 19:29) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkMaka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?"
(Maryam 19:29) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkIa menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
(Maryam 19:30) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkDan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.
(Maryam 19:31) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark" Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.
(Maryam 19:32) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkDan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".
(Maryam 19:33) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark